5S
Penyelesaian Bijak
 |
| Dokumen
yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila
dikehendaki |
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal
tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa
dan kemas.
Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama
dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya
secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia,
konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an
dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama
syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu
5S?
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi
menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem.
Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan
etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang
akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik,
kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan
tolong-menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan
bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan
atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.
Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara
jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan
Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan
kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi
yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan
(3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).
 |
| Kakitangan
diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing |
Objektif
Utama Program 5S
Membina budaya Kaizen di tempat kerja
Membina kerjasama melalui penyertaan semua
Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program
Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:
Pendekatan Kaizen
Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan
manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara
terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit
demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program
5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu,
komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat
kakitangan. Antaranya :
Mengamalkan budaya kerja 5S
Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan
Program 5S
Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
Meluangkan masa untuk 5S
Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
[Seterusnya] |