 |
| “Amalan
5S bukan suatu yang sukar untuk dilaksanakan”
- Tuan Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd
Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak |
Adakah
ini dapat dilakukan? Mungkin ini yang terlintas di
fikiran apabila membaca tajuk artikel ini. Namun ini
tidak mustahil walaupun tidak semudah yang disangkakan.
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah membuktikan bahawa
ianya boleh dilakukan dan mereka telah melakukannya
dengan berkesan sekali.
Mengubah Kebiasaan Kita adalah motto TBS dalam melaksanakan
5S di organisasi mereka. TBS (ibupejabat) mempunyai
kira-kira 100 kakitangan dan kini sejak pelancaran
amalan 5S mereka pada 31 Januari 2005 yang lalu, badan
ini telah berjaya menjadikan operasi atau proses kerja
serta suasana kerja kakitangannya menjadi lebih baik
dan ini telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti
mereka.
TBS pada 29 November 2005 lalu, telah memperolehi
Anugerah Khas 5S Kebangsaan 2005 bagi kategori Sektor
Awam Malaysia dan pada Oktober 2005, TBS telah diperakuri
dengan pensijilan MS ISO 9001 : 2000 bagi Pengurusan
Agihan Zakat kepada Pelajar IPTA/IPTS. Sementara pada
Ogos 2005 yang lalu, TBS telah dinobatkan sebagai
penerima berprejtij Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
iaitu Anugerah Kualiti Ketua Menteri 2005 (Kategori
Agensi/Jabatan Kerajaan yang mempunyai jumlah kakitangan
melebihi 51 orang tetapi kurang daripada 200 orang).
Anugerah-anugerah ini adalah sebagai bukti bahawa
pelaksanaan dan inisiatif serta tindakan proaktif
TBS dan kakitangannya dalam meningkatkan keupayaan
sistem penyampaian perkhidmatan mereka.
Dalam melaksanakan 5S mereka, TBS mengguna pakai konsep
I.M.A.N (I – Imiginasi; M – Merancang; A – Aplikasi
dan N – Nilai). Melalui konsep ini kakitangan TBS
telah berjaya melakukan perubahan menyeluruh.
 |
Pelaksanaan
5S juga menghendaki
semua anggota organisasi terlibat
sama serta bertanggungjawab dalam memastikan etika
pelaksanaannya
diikuti |
Bagi Tuan Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd
Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, aplikasi
5S adalah suatu yang mudah serta tidak melibatkan
kos yang banyak dan ianya sebenarnya boleh digunapakai
di mana-mana organisasi.
“5S melibatkan semua peringkat anggota organisasi
dan ini sebenarnya lebih memberi manfaat kepada penambahbaikan
menyeluruh organisasi di mana setiap orang dapat menyumbang
dan ianya juga adalah satu proses yang dinamik”
“Ianya bukan sahaja mudah untuk dilaksanakan malah
ianya juga menjadi pencetus serta penggalak kepada
usaha kreatif dan inovasi di kalangan anggota organisasi”
Menurut beliau lagi, amalan 5S secara langsung dan
tidak langsung memupuk persaingan sihat di kalangan
anggota organisasi. Tuan Haji Abang Mohd Shibli seterusnya
menambah, melalui amalan 5S, ianya dapat membentuk
nilai atau semangat pemilikan dan semangat atau nilai
ini adalah suatu yang memberi kesan yang positif kepada
organisasi iaitu melaluinya anggota organisasi akan
berasa bertanggungjawab dan sayang ke atas kemudahan
atau peralatan yang diamanahkan kepadanya.
Ini secara tidak langsung akan membudayakan nilai-nilai
menghargai serta menjaga kepentingan bersama dan dapat
mengelakkan berlakunya kerosakan yang kerap ke atas
kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Ini dalam
jangka panjang akan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Ditanya tentang penerimaan kakitangan TBS tentang
5S ini, beliau menyatakan bahawa dia mencabar kakitangan
TBS untuk menerima pakai amalan ini. Mengapa perlu
mereka dicabar?
Beliau menjelaskan lanjut, adalah tidak sukar dan
mustahil untuk melaksanakan 5S kerana jika diperhatikan,
amalan ini amat berjaya di kilang-kilang, sedangkan
pekerja kilang kebanyakannya memiliki pendidikan yang
minimum berbanding dengan kakitangan TBS yang memiliki
tahap pendidikan yang lebih baik.
[Seterusnya]
|