Wakaf

Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan. Perkataan “WAKAF” berasal daripada bahasa Arab waqf yang bererti “menghentikan” atau “menahan”. Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan …

SekapurSirih

Selamat Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009. Alhamdulillah kita telah diizinkan oleh Allah s.w.t untuk melangkah masuk ke tahun baru yang akan menjadi lebaran baru dalam antara perjalanan hidup kita ini. Sudah semestinya banyak peristiwa pahit dan manis yang telah kita lalui sepanjang tahun 2008 yang lalu akan menjadi catatan sejarah dalam hidup kita. Yang baik akan kita …

Wakil-wakil Pemungut

Wakil-wakil Pemungut Untuk kemudahan  pembayaran yang  akan  dibuat oleh penyumbang-penyumbang di seluruh negeri Sarawak, pejabat-pejabat yang disenaraikan di bawah ini telah dilantik oleh Majlis Islam Sarawak sebagai wakil pemungut. i.  semua pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak di Jabatan Agama Islam Sarawak; ii. semua Perbendaharaan Negeri Bahagian (Divisional State Treasury) – untuk bayaran di Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan dan …

Zakat Perniagaan

Zakat Perniagaan Perniagaan adalah salah satu usaha yang dikenakan zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Apa yang dimaksudkan “perniagaan” ialah satu usaha pertukaran harta untuk mendapatkan harta dengan cara jual beli. Termasuk dalam erti perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bernilai untung dan rugi. Manakala zakat perniagaan pula bermaksud zakat yang wajib dikeluarkan dari harta atau barang perniagaan yang dibeli dan dijual dengan …

Sumbangan Wajib

Sumbangan Wajib Tabung Baitulmal Sarawak ditubuh di bawah Ordinan Majlis Islam(Pemerbadanan) (Pindaan) 1984 yang diluluskan oleh DewanUndangan Negeri Sarawak dalam persidangannya pada 18 dan 19Julai, 1984 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember,1984 bersempena dengan hari keputeraan junjungan kita NabiMuhammad s.a.w. Undang-undang tersebut berkuatkuasa pada 1Januari 1985. Tabung Baitulmal Sarawak ditubuhkan dengan tujuan untukmemaju dan mengukuh kedudukan ekonomi dan …

Hukum-hukum Zakat

Hukum-hukum Zakat Sebagai Rukun Islam yang ketiga, zakat adalah suatu tuntutan syarie yang wajib ditunaikan dengan sempurna dan penuh keimanan. Memang terdapat banyak sekali hujah-hujah Al-Quran, Al-Hadis dan Ijmak Ulama tentang pensyariatan zakat ini, sesuai dengan roh dan semangat zakat itu sendiri iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bertoleransi. DALIL AL – QURAN Antara ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang …

PERBEZAAN ZAKAT DAN CUKAI

PERBEZAAN ZAKAT DAN CUKAI Secara umumnya terdapat banyak perbezaan di antara Zakat dan Cukai: a) Zakat adalah kewajian agama dalam bentuk kewangan. Cukai adalah tanggungjawab ekonomi dan kewangan. b) Zakat adalah untuk orang Islam manakala Cukai untuk semua warganegara. c) Cukai boleh dimaafkan tetapi zakat tidak boleh dihapuskan. d) Kadar untuk pembayaran zakat adalah jelas dan tepat dan tidak boleh …

Jenis-jenis Zakat

Jenis-jenis Zakat Di dalam teori pelaksanaannya, secara umum, zakat ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. ZAKAT FITRAH Ianya merupakan Zakat Peribadi yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim tanpa mengira had umur, jantina dan kedudukan. Iaitu diwajibkan setahun sekali dari makanan asasi sesuatu tempat. Ianya juga dikenali sebagai Zakat Badan, atau Cukai Kepala ataupun Zakat …

8 Asnaf Penerima Agihan Zakat

8 Asnaf Penerima Agihan Zakat I. Fakir Orang yang tidak mempunyai harta atau usaha yang dapat menghasilkan 50 peratus daripada keperluan hidupnya seharian (pendapatannya kurang daripada 50%). II. Miskin Orang yang mempunyai harta dan usaha yang dapat menghasilkan lebih daripada 50% untuk keperluan hidupnya seharian tetapi tidak mencukupi. (Pendapatannya tidak mampu memenuhi keperluan harian). III. Amil Orang yang dilantik atau …