DANA
IBNU KHALDUN
BIASISWA DANA IBNU KHALDUN
PENGENALAN
Dana
Ibnu Khaldun telah dilancarkan pada 17 September 2004
oleh YAB Ketua Menteri Sarawak sempena Seminar Pemikiran
Ibnu Khaldun III yang dianjurkan oleh Majlis Islam
Sarawak (MIS). Penubuhan dana ini merupakan hasil
daripada idea YAB Ketua Menteri semasa perasmian Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang Pusat Tuisyen Majlis Jamek
Negeri Sarawak pada 12 April 2004 dan telah menyarankan
supaya Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak
(LAKMNS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berganding
bahu menubuh Tabung Pendidikan Islam. Dana ini bermatlamat
untuk memberikan galakan kepada masyarakat Islam di
Sarawak supaya meningkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi
sejajar dengan usaha untuk melahirkan umat yang terbaik.
Dana
ini menawarkan peluang biasiswa kepada mereka yang
ingin melanjutkan pengajian dalam bidang agama dan
profesional pada peringkat pasca ijazah di institusi
pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan.
Secara
ringkas, bidang pengajian yang diperuntukkan bagi
mendapatkan skim biasiswa ini tidak terikat kepada
mana-mana jurusan tetapi dinilai mengikut keperluan
semasa. Bidang-bidang yang diberi keutamaan adalah
antara lain perubatan, bioteknologi, pertanian, kejuruteraan,
akuakultur, teknologi makanan, pengajian Islam, pengurusan,
perakaunan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya
sejajar dengan usaha untuk memperkukuhkan kualiti
ummah.
SYARAT
KELAYAKAN
1.
Pemohon mestilah sudah memiliki sekurang-kurangnya
Sarjana Muda dalam mana-mana pengajian melalui institusi
yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
2.
Pemohon mempunyai pencapaian Akademik yang cemerlang
di dalam Sarjana Muda yang telah dimiliki dan aktif
di dalam kegiatan kegiatan persatuan dan pertubuhan.
3.
Pengajian yang ditawarkan mestilah selain daripada
pengajian yang telah diperolehi.Misalnya, bidang agama
kepada bidang profesional dan begitu juga sebaliknya.
4.
Institusi Pengajian Tinggi diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang
mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.
Urusan kemasukan ke IPT hendaklah dibuat oleh pelajar
sendiri.
6.
Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan
kepada pemohon yang bermastautin di Sarawak.
7.
Pelajar-pelajar yang ditamatkan bantuan oleh mana-mana
badan penganjur boleh dipertimbangkan tajaan selepas
satu tahun ditamatkan bantuan dengan syarat pengajian
bagi tahun tersebut ditanggung sendiri dan memperolehi
prestasi yang cemerlang. Semua ini tertakluk kepada
pertimbangan JTDIK mengikut keutamaan atau merit sesuatu
kes tertentu.
8.
Skim bantuan akan diberi keutamaan kepada pemohon-pemohon
yang mengikuti pengajian bagi program sepenuh masa
dan pengajian bentuk lain tertakluk kepada budi bicara
Jawatankuasa Teknikal Dana Ibnu Khaldun (JTDIK).
CARA-CARA MEMOHON
Pemohon
boleh mendapatkan borang permohonan daripada urusetia
Dana Ibnu Khaldun iaitu Ustaz Hj. Yusree atau Pn.
Hazlin di Tabung Baitulmal Sarawak, Bangunan Baitulmal,
Lot 71, Seksyen 8, KTLD, Jln. Hj. Muhammad Kassim,
93400, Kuching, Sarawak.
|