Policy & Disclaimer
Dasar Privasi
Terima kasih kerana menggunakan Laman
Web Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak.
Privasi Anda
Halaman ini menjelaskan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan
terhadap apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pelawat-pelawat.
Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan laman web
kami atau menghantar e-mel yang memberikan data peribadi yang boleh dikenal pasti,
data ini mungkin dikongsikan, jika perlu, dengan agensi-agensi Kerajaan lain
untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya
dalam soal menyelesaikan atau melayan aduan yang memerlukan aduan itu diajukan
ke agensi-agensi lain Kerajaan.
Perlindungan Data
Teknologi terkemuka termasuk perisian enkripsi digunakan untuk melindungi mana-mana
data yang diserahkan kepada kami dan piawai keselamatan yang ketat dilaksanakan
untuk mencegah capaian secara haram.
Keselamatan Storan
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran
data peribadi dijamin keselamatannya dan distorkan dengan menggunakan teknologi
keselamatan yang sesuai.
Maklumat yang Terkumpul
Tidak ada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti itu dikumpul semasa melayari
Laman Web Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak kecuali bagi maklumat yang anda berikan
melalui e-mel dan pendaftaran dalam Myhome, yang berada dalam portal yang selamat
daripada website ini.
Maklum Balas
Kami mengalu-alukan semua maklum balas dan pertanyaan.
Jika maklum balas tidak berkenaan dengan laman web ini, maka maklum balas atau
pertanyaan anda akan dihantar kepada sistem 'Maklum Balas'. Sistem ini akan menghantar
maklum balas atau pertanyaan anda kepada pegawai yang berkaitan untuk mengambil
tindakan selanjutnya.
Cookies
Terdapat laman web tertentu yang menjanakan cookies yang dikumpul oleh pelayan
web untuk membolehkannya mengecam lawatan-lawatan anda pada masa hadapan.
Laman Web Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak menggunakan 'non-persistent cookies'
atau 'persession cookies' sahaja yang mempunyai fungsi teknikal seperti menukar
bahasa-bahasa dalam laman web. Cookies ini tidak merakamkan data secara kekal
dan data itu tidak distorkan dalam 'hard drive' komputer anda. Sebaik sahaja
anda menutup komputer anda, cookies itu dipotong.
Apa Yang Terjadi Apabila Saya Hubungi Laman Lain?
Kandungan Laman Web Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak menghubungkan laman-laman
web organisasi Kerajaan dan organisasi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya
terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman-laman lain yang
dihubungkan oleh laman web ini mungkin mempunyai dasar-dasar privasi yang berlainan
dan kami mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi tiap-tiap
laman.
Perubahan kepada Dasar ini
Jika dasar privasi ini berubah dengan apa-apa cara, perubahan itu akan dikemaskinikan
di halaman ini. Kerap meninjau halaman ini boleh membantu anda mengikuti kemas
kinian maklumat yang dikumpul, bagaimana maklumat itu digunakan, dan dalam apa
keadaan, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.
Pertanyaan atau Aduan
Jika anda ada pertanyaan atau aduan tentang dasar privasi ini atau Laman web
ini, anda boleh menghubungi kami melalui bahagian Maklum Balas kami.
(Nota: Dasar Privasi ini diambil daripada www.malaysia.gov.my dan
diubah mengikut keperluan laman web rasmi ini)
Notis Hak Cipta
Hak cipta Laman Web Rasmi Tabung Baitulmal
Sarawak dan kandungannya tetapi terbatas kepada
maklumat, teks, imej, grafik, fail bunyi, fail
video dan susunannya, dan bahan di dalamnya,
dimiliki oleh Tabung Baitulmal Sarawak melainkan
dinyatakan sebaliknya. Tidak dibenarkan mana-mana
bahagian portal ini diubah suai, disalin, diedarkan,
dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, dikeluarkan
ulang, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan,
dijual atau diuruskan secara komersial dengan
apa-apa cara sebelum mendapat izin bertulis
daripada pihak Tabung Baitulmal Sarawak.
(Nota: Notis Hak Cipta ini diambil daripada www.malaysia.gov.my dan
diubah mengikut keperluan laman web rasmi ini)
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi
data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah
terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan
dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
(Nota: Dasar Keselamatan ini diambil daripada www.malaysia.gov.my)