topspace2Hubungi Kami
topspace3
 

space4Latar BelakangSejarah

 

Antara harapan-harapan besar umat Islam di Sarawak sebaik sahaja mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 ialah mempertinggikan syiar Islam. Justeru itu, pada tahun 1966 ditubuhkan Tabung Zakat dan Fitrah melalui Undang-undang Zakat 1966.

Sesuai dengan perkembangan negara dan keperluan umat Islam yang semakin bertambah untuk menghadapi zaman yang penuh cabaran, maka sebagai satu kesinambungan daripada tabung itu, tertubuhlah Tabung Baitulamal Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan)(Pindaan) 1984.

Kompleks Islam SarawakBermula dari tarikh penguatkuasaan peruntukan ordinan tersebut, Tabung Baitulmal Sarawak sebagai wakil Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih dan mengurus Dana Zakat serta Dana Baitulmal di samping menyedarkan masyarakat Islam tentang kewajipan berzakat.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak pada hari Jumaat, 26 Jun 1998, cadangan penyusunan semula Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak telah dibincang dan mesyuarat telah meluluskan penyusunan semula tersebut. Pada 15 Disember 1998, Pengurus Besar telah dilantik untuk mengetuai Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak selaras dengan kehendak penyusunan semula pengurusan bagi menghadapi perjuangan yang penuh cabaran.

 

 

bluebottom


© Tabung Baitulmal Sarawak. All Rights Reserved. | Policy & Disclaimer |
This website is best viewed in 1024 x 768 resolutions with Internet Explorer 6+. Required Flash Player & Javascript enabled.