Profil

Pendekatan Korporat

KAEDAH PERLAKSANAAN [ KITARAN KE ARAH KECEMERLANGANNYA]

KITARAN KE ARAH KECEMERLANGAN (CARTA)

Bagi menempuh cabaran dan kehendak zaman, pengurusan TBS berpendapat pengurusan Institusi Zakat wajar bergerak mengikut konsep kitaran berikut :

Meningkat Kefahaman

Keperibadian masyarakat Islam harus dididik dan dibentuk supaya memahami dan menjiwai nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama Islam. Proses meningkatkan kefahaman ini adalah melalui program penerangan, pendidikan dan promosi oleh pihak yang berwajib. Namun demikian, masyarakat Islam juga harus memikul tanggungjawab untuk melengkapi diri mereka.

Memudahcara Pengurusan

Apabila masyarakat Islam sudah faham dan yakin, Institusi Zakat hendaklah serba lengkap dengan penyediaan pelbagai kemudahan pengurusan. Antaranya dapat diringkaskan seperti berikut :-

Fokus Korporat Yang Jelas

Fokus korporat Institusi Zakat perlu jelas di mana visi, misi, penyataan misi, objektif korporat dan strategi-strategi melalui program-program dan aktiviti-aktivitinya dirangka  sesuai dengan kewujudannya.

KAEDAH MENINGKATKAN KEFAHAMAN

Keperibadian masyarakat Islam harus dididik dan dibentuk supaya memahami dan menjiwai prinsip-prinsip agama Islam. Jika mereka tidak dididik mengenai zakat serta difahamkan tentang kedudukan zakat yang sebenar, maka tidak hairanlah jika terdapat sebahagian masyarakat Islam yang memandang ringan terhadap kewajipan ini. Proses meningkatkan kefahaman ini adalah melalui program penerangan, pendidikan dan promosi oleh pihak yang berwajib. Namun demikian, masyarakat Islam juga harus memikul tanggungjawab untuk melengkapi diri mereka. Ilmu itu tidak datang bergolek tetapi didatangi.