topspace2Hubungi Kami
topspace3
Agih
Agen agen
Program Kemasyarakatan
Hukum dan dasar
Ibnu Khaldun
menubottom

 

space4Program Bela01Program Pembangunan Ummah

 

BAITULMAL BERSAMA RAKYAT – Bagi mendekatkan Baitulmal dengan masyarakat Islam
yanng tinggal jauh di pedalaman, Program Berambeh atau Baitulmal Bersama Rakyat
diadakan setiap tahun dengan pengisian utamanya adalah dialog antara orang
kamping dengan YB yang dijemput serta penyampaian bantuan kepada mereka yang
berhak. Program ini diadakan sekali dalam masa 2 atau 3 bulan di lokasi-lokasi yang
terpilih di seluruh Negeri Sarawak.

SEHARI BERSAMA BAITULMAL – Program ini lebih kepada memberi penerangan dan
taklimat kepada pekerja-pekerja khususnya untuk kempen potongan zakat melalui
potongan gaji bulanan [ZPG]. Selain daripada itu, ianya disekalikan dengan penyerahan
bantuan kepada mereka yang berhak. Program SBB melibatkan jumlah peserta yang
ramai sehingga 600 orang.

TAKLIMAT KEPADA MAJIKAN – Taklimat Kepada Majikan akan diadakan mengikut keperluan
khususnya untuk menyampaikan maklumat terkini kepada majikan terutamanya bagi
urusan potongan zakat dan wakaf melalui potongan gaji bulanan pekerja. Program ini
tertumpu kepada Unit-Unit yang menguruskan gaji pekerja di organisasi berkenaan.

TAKLIMAT RAKAN ZAKAT ANDA – Program ini hanya melibatkan jumlah peserta yang sedikit
yang kurang daripada 100 orang. Iannya adalah merupakan program penerangnan
dan taklimat khususnya taklimat zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan.

 

bluebottom


© Tabung Baitulmal Sarawak. All Rights Reserved. | Policy & Disclaimer |
This website is best viewed in 1024 x 768 resolutions with Internet Explorer 6+. Required Flash Player & Javascript enabled.