Visi Dan Misi Korporat

FOKUS KORPORAT – ARAH TUJU TABUNG BAITULMAL SARAWAK

VISI TABUNG BAITULMAL SARAWAK

Menjadi sebuah organisasi Islam yang dinamik dan pembela kepada umat manusia khususnya masyarakat Islam.

PERNYATAAN MISI

Tabung Baitulmal Sarawak merupakan wakil kepada Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat dan Wakaf di Negeri Sarawak

Tabung Baitulmal Sarawak berperanan menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus Dana Zakat dan Baitulmal disamping menerangkan tentang kewajipan berzakat

Pelanggan-pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak adalah masyarakat Islam, badan-badan kerajaan, badan-badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan.

KOMITMEN TABUNG BAITULMAL SARAWAK IALAH :-

Untuk meningkat kesedaran tanggungjawab berzakat di kalangan masyarakat Islam di Sarawak

Memudahcarakan pengurusan Zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam dan perkembangan semasa.

Untuk membangun Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah organisasi Islam yang memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan

Untuk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan hartanah Tabung Baitulmal Sarawak bagi kepentingan umat Islam di masa depan

Untuk membangun kumpulan pekerja Islam yang profesional dan dinamik.

OBJEKTIF KORPORAT

Menyumbang dalam Pembangunan Ummah melalui Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam

Memudahcarakan Pengurusan Zakat dan Sadaqatul Jariah dengan menyediakan prasarana yang diyakini oleh masyarakat melalui pendekatan pengurusan moden

Memperkukuhkan Asas Kekuatan Ekonomi Tabung Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju

Menggemblengkan Tenaga Kerja Profesional dan Agama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan