Wakil-wakil Pemungut
Untuk kemudahan pembayaran yang akan dibuat oleh penyumbang-penyumbang di seluruh negeri Sarawak, pejabat-pejabat yang disenaraikan di bawah ini telah dilantik oleh Majlis
Islam Sarawak sebagai wakil pemungut.
i. semua pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak di
Jabatan Agama Islam Sarawak;
ii. semua Perbendaharaan Negeri Bahagian (Divisional State Treasury) – untuk bayaran di Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan dan Bintulu;
iii. semua Pejabat Daerah – untuk bayaran yang dibuat di bandar-bandar selain dari yang dinyatakan di atas.
Sumbangan Wajib
Semua majikan dan pekerja yang beragama Islam adalah diwajibkan memberi sumbangan kepada Tabung Baitulmal Sarawak mengikut kadar yang ditetapkan oleh undang-undang seperti berikut:-
i. Untuk Pekerja
Jumlah Pendapatan Sebulan | Kadar Sebulan |
Lebih RM300 hingga RM1,000 | RM1.00 |
Lebih RM1,000 hingga RM2,000 | RM2.00 |
Lebih RM2,000 | RM4.00 |
Pendapatan ialah : (Gaji Pokok + Elaun Tetap Bulanan) |
ii. Untuk Majikan
Bagi majikan beragama Islam RM5.00
*Sumbangan ini adalah diwajibkan kepada semua pekerja-pekerja Islam yang bermastautin dan bekerja di negeri Sarawak tidak kira sama ada pekerja itu pekerja tempatan atau berasal dari luar negeri Sarawak.