Jenis-jenis Zakat

Jenis-jenis Zakat

Di dalam teori pelaksanaannya, secara umum, zakat ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

ZAKAT FITRAH

Ianya merupakan Zakat Peribadi yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim tanpa mengira had umur, jantina dan kedudukan. Iaitu diwajibkan setahun sekali dari makanan asasi sesuatu tempat. Ianya juga dikenali sebagai Zakat Badan, atau Cukai Kepala ataupun Zakat Ramadhan, yang tujuannya untuk menyucikan jiwa orang-orang yang berpuasa Ramadhan.

ZAKAT HARTA

Merupakan kadar tertentu dari pemilikan harta tertentu melalui syarat-syarat tertentu, yang diambil sebagai cukai kewangan berperaturan dalam Islam. Zakat harta terdiri daripada Zakat Emas dan Perak, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat Simpanan KWSP, Zakat Pendapatan, Zakat Tanam-Tanaman (i.e. padi), Zakat Ternakan (lembu, kambing, biri-biri, unta), Zakat Perniagaan dan Zakat ke atas Harta Rikaz.