PERBEZAAN ZAKAT DAN CUKAI

PERBEZAAN ZAKAT DAN CUKAI

Secara umumnya terdapat banyak perbezaan di antara Zakat dan Cukai:

a) Zakat adalah kewajian agama dalam bentuk kewangan. Cukai adalah tanggungjawab ekonomi dan kewangan.

b) Zakat adalah untuk orang Islam manakala Cukai untuk semua warganegara.


c) Cukai boleh dimaafkan tetapi zakat tidak boleh dihapuskan.

d) Kadar untuk pembayaran zakat adalah jelas dan tepat dan tidak boleh diubah manakala cukai adalah sesuatu yang boleh berubah-ubah.

e) Cara pengagihan dan perbelanjaan Zakat telah ditetapkan manakala Cukai tidak.

f) Zakat dikutip daripada orang-orang berada dan diagihkan kepada golongan miskin dan Cukai tidak semestinya demikian.

g) Pembayar Zakat tidak boleh menggunakan wang zakat yang dibayar itu manakala Cukai berkemungkinan akan menikmati kemudahan dari bayaran Cukai itu.

h) Zakat hanya dikenakan bagi kekayaan yang berkembang (productive Wealth), Cukai dikenakan di atas perbelanjaan digunakan (consumption expenditure).

i) Pengecualian bayaran zakat adalah sesuatu yang organik, anjal dan sebenar tetapi pengecualian Cukai tidak anjal dan hanya satu pertanggungjawaban sahaja.

j) Had minima dari segi tanggungjawab pembayaran zakat adalah jelas tetapi ianya tidak wujud dalam Cukai khususnya Cukai tidak langsung.

k) Usaha untuk mengelak Cukai adalah berkemungkinan tetapi Zakat dibayar atas dasar kewajiban dalam agama.

l) Zakat adalah satu jaminan hak kepada Si miskin ke atas harta Si kaya manakala Cukai adalah hak sesebuah negara untuk mengutip dari rakyatnya bagi keperluan negara.

m) Tanggungan Cukai boleh dipindah kepada pembeli atau pembekal tetapi perpindahan demikian tidak terdapat dalam sistem Zakat.

n) Secara praktisnya kutipan zakat lebih murah dan proses kutipan Cukai memerlukan belanja yang besar.