Wakil-wakil Pemungut

Wakil-wakil Pemungut

Untuk kemudahan  pembayaran yang  akan  dibuat oleh penyumbang-penyumbang di seluruh negeri Sarawak, pejabat-pejabat yang disenaraikan di bawah ini telah dilantik oleh Majlis

Islam Sarawak sebagai wakil pemungut.

i.  semua pejabat cawangan Tabung Baitulmal Sarawak di

Jabatan Agama Islam Sarawak;

ii. semua Perbendaharaan Negeri Bahagian (Divisional State Treasury) – untuk bayaran di Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan dan Bintulu;

iii. semua Pejabat Daerah – untuk bayaran yang dibuat di bandar-bandar selain dari yang dinyatakan di atas.

Sumbangan Wajib

Semua majikan dan pekerja yang beragama Islam adalah diwajibkan memberi sumbangan kepada Tabung Baitulmal Sarawak mengikut kadar yang ditetapkan oleh undang-undang seperti berikut:-

i. Untuk Pekerja


Jumlah Pendapatan Sebulan

Kadar Sebulan

Lebih RM300 hingga RM1,000

RM1.00

Lebih RM1,000 hingga RM2,000

RM2.00

Lebih RM2,000

RM4.00

Pendapatan ialah :   (Gaji Pokok + Elaun Tetap Bulanan)    

ii.      Untuk Majikan

Bagi majikan beragama Islam RM5.00

*Sumbangan ini adalah diwajibkan kepada semua pekerja-pekerja Islam yang bermastautin dan bekerja di negeri Sarawak tidak kira sama ada pekerja itu pekerja tempatan atau berasal dari luar negeri Sarawak.