Sumbangan Wajib

Sumbangan Wajib

Tabung Baitulmal Sarawak ditubuh di bawah Ordinan Majlis Islam
(Pemerbadanan) (Pindaan) 1984 yang diluluskan oleh Dewan
Undangan Negeri Sarawak dalam persidangannya pada 18 dan 19
Julai, 1984 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember,
1984 bersempena dengan hari keputeraan junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w. Undang-undang tersebut berkuatkuasa pada 1
Januari 1985.

Tabung Baitulmal Sarawak ditubuhkan dengan tujuan untuk
memaju dan mengukuh kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat
Islam serta memelihara kesucian agama Islam di tengah-tengah
masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negeri Sarawak.
Selain daripada melaksanakan tugas dalam pengurusan zakat,
Tabung Baitulmal Sarawak bertanggungjawab untuk memungut
segala sumbangan yang dibayar oleh umat-umat Islam dan juga
sumbangan dari penyumbang yang bukan beragama Islam.

Peruntukan Ordinan

Mengikut Seksyen 98, 99, 100, 101 dan 102, Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, Majlis Islam Sarawak berkuasa memungut sumbangan-sumbangan Baitulmal yang diwajibkan seperti berikut:-

a. sumbangan-sumbangan yang diwajibkan oleh undang-undang keatas majikan-majikan dan pekerja-pekerja yang beragama Islam;

b. sumbangan-sumbangan  secara  sukarela  daripada pekerja-pekerja Islam melalui majikan yang berdaftar;

c. sumbangan-sumbangan  secara  sukarela  daripada individu-individu bersendirian.